Monday, 2 January 2012

gurlz n boys

LELAKI : saya tidak layak untuk awak.
PEREMPUAN : Kenapa?
LELAKI : Awak dari kalangan orang baik-baik.. Sedangkan saya.
PEREMPUAN : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
LELAKI : Awak pintar, awak ada banyak peminat.
PEREMPUAN : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu
pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
LELAKI : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama.
PEREMPUAN : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
LELAKI : Saya tidak tampan. Tidak seperti mereka.
PEREMPUAN : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya
memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas
ketampanan awak.
LELAKI : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita
ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
PEREMPUAN : Perbezaan membuat kita lengkap.
LELAKI : Awak terlalu sempurna.
PEREMPUAN : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
LELAKI : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
PEREMPUAN: Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
LELAKI : Itu lebih berharga dari seribu bunga dan
ungkapan cinta jika awak JODOH saya...

No comments:

Post a Comment